Sunday, July 31, 2011

Fadhilat dan juga Kelebihan Tarawih


Fadhilat dan Kelebihan Tarawih
Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-
Malam
Kelebihannya
1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya

2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin

Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin

Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut samamemohonkan ampun baginya

7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman

8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa

12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama

13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan

14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga

17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi

18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

20 Di beri pahala para syuhada dan salihen

21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan

23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan

25 Di hapuskan dari seksaan kubur.

26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun

27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga

29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur

30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Selamat Berpuasa Semua ! ^_^

Slemat berpuasa semua ! Kat bawah ni aku sertakan sekali niat puasa..Semoga Ramadhan kali ini dipenuhi dengan aktiviti kerohanian agar mendapat keberkatan dari-Nya.Insyaallah..Opss,kalau ada kesempatan jangan lupa solat tarawihh! hee~

Saturday, July 30, 2011

Cuba lihat gambar ini !


Apa yang korang nampak dari gambar di atas?? Adakah apa yang korang nampak tuh sama dengan apa yang aku nampak??Cuba komen sikit apa yang korang nampakk... kejadian ini berlaku tadi sewaktu aku sedang menterbalik kan lempeng aku..

Wednesday, July 27, 2011

Black Abaya

Hi, semua ! Kali ini ak nak bercakap pasal Abaya pulak.Sekarang ini kita boleh lihat ramai yang perempuan atau wanita yang gemar memilih untuk memakai abaya.Aku memang tertarik pada abaya,terutamanya abaya yang berwarna hitam.Warna hitam boleh memberi ilusi yang lebih  kurus dan lebih menarik.Orang kata hitam itu misteri dan elegan...dan orang selalu gak kata (asyik orang kata jerr...haha) warna hitam adalah warna yang selamat dalam berfesyen.Betul kah?? Korang rasa??hmm...Bagi pendapat aku pulak abaya hitam nampak lebih ekslusif di tambah pula dengan sulam timbul yang berlainan warna..Kat bawah ini aku serta kan sekali gambar-gambar abaya yang kalau aku jumpa (sebenarnya kalau mampu beli..hehe) aku akan beli ! :))




p/s: Yang aku paling minat ialah abaya yang terakhir sekali.nampak elegan potongannya + penggunan warna yang bijak menaik kan lagi seri abaya ini..Tak gitu kawan-kawan?

Riddles ! ^_^



1.What has to be broken before it can be used?


2.What goes up and never comes down?


3.What has feet and legs, and nothing else?


4.What two words contain the most letters?


5.Take off my skin -- I won't cry, but you will! What am I?


6.What can go up and come down without moving?


7.What belongs to you but others use it more than you do?

Thursday, July 21, 2011

Bunga Lily

Hai semua ! aku tak tahu lah kenapa, tapi aku sangat lah addicted pada bunga lily.Terutamanya bunga lily yang berwarna putih.Selalunya orang kata,perempuan suka bunga ros,tapi kalau tanya aku, aku pilih bunga lily. Easter or Trumpet lily, ayu bangatt dan Calla Lily bagi aku soo comel, Lily of the Valley pula sangat cute ! hee~
                                                                           

Easter or Trumpet Lily

  Calla Lily

      Lily of the Valley




Cantik kan?? Bunga lily ada banyak jenis dan ini adalah antara jenis-jenis bunga lily yang aku minat dan suka sangat ! ( >.<)

Sunday, April 10, 2011

lupa password email

aku pun tak tahu la pasal apa kan..boleh plak terlupa password email sendiri...mungkin sebab dalam keadaan kelam kabut.huhuhu.dah la kawan hantar benda penting kat email..tapi setelah berpEluh-peluh ak mencuba sedaya upaya..akhirnya..dapat gak sign in..hehehe.oh,okay lah..ak dah lambat ni..bye!~